Kritikan terbuka untuk Unrestmind
(kita bicara untuk nyata pendapat dan minda)
Kita dari sekolah, rendah atau menengah, dirumah, anak anak hingga remaja dimomokkan dengan makan. Perlu kerja untuk makan, perlu berjaya untuk makan. Makan apa?makan dimana? dichicken rice shop. Bukan sekadar nasi ayam. Makan yang sedap sedap. Makan itu perkara yang maha besar dalam hidupnya. Ye besar, betul.. tak salah.. kalau tak makan kita boleh mengamuk.. gua kalau tak makan boleh mati beb. Tak tau la kalau lu orang boleh hidup pulak.
Tapi kerana makan.. kerana MAKAN. Orang kita menjadi takut. Takut kalau tak makan, takut kalau tak dapat cari makan.
"Nanti bila besar nak jadi apa?"
kalau kecik kecik dulu ada anak anak kata nak jadi pelukis, ibu bapa mana yang tak menegah. Ibu bapa mana yang bersetuju.
"Ye nak, jadilah pelukis yang berjaya,, ini papa belikan warna dengan kertas."
Alasan mudah. Nak makan apa jadi pelukis? Boleh kaya ke?
Itu contoh saja, lukisan bukan subjek gua dalam story ni, itu cuma medium.
Sebab fikir pasal makan, kita tak buat apa yang kita nak.
Sebab fikir pasal makan, kita pendamkan impian kita.
Makan perlu ada duit. Dan duit itulah ibunya.
Arwah Jeri Azhari pernah berwasiat
"wang datang dan pergi untuk memperbodoh dan membunuh pelukis seperti kamu, wang hanya untuk survival sehinggalah ia mendesakmu. Setiap orang harus bekerja dengan keaslian dan memilih arah berlandaskan pengalaman semasa dan lampau, akar, DNA. Tujuan menjadi seorang pelukis; Anugerah – kreativiti datang dari Pencipta, untuk membalasNya, kembalikan kepada manusia, Dunia. Cari dan kenalilah ‘insan’ di dalam dirimu, dengar kepada suara kalbumu; praktikkan dengan kebenaran untuk mendepang minda, ide dan kespontanan; keikhlasan untuk ketabahan; kesabaran sebagai cahaya petunjuk arah. Diri di sebalik karya adalah yang lebih utama dan ‘jangan terpinggir oleh sebab-sebab sendiri".
berhenti kerja? Nak meniaga sendiri? = susah nak cari makan nanti beb
Tak payah la belajar main gitar = susah nak cari makan
Ikut kehendak orang dan masing - masing, kita punya pendapat, tanggungjawab dan pemikiran yang berbeza.
Ada orang tak kisah apa yang dibuat pun janji makan.
Tapi ada orang, impian dan jiwa itu lebih penting, makan untuk mencapai kehendak.
Kaya, duit dan makan akan datang jika kita bersungguh dan ikhlas serta berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Dan sekarang gua nak pergi makan.
k/k : Nak buat pementasan bulan januari ni Untuk makan tahun depan (celake, pun untuk makan jugak)- pinjam ayat Vitamin.