28.8.09

Seni Itu Tuhan (Part 1)

Berat? Bila dikata Tuhan pasti adanya kepercayaan dan pegangan serta anutan. Seni itu sendiri mementingkan pegangan dan kepercayaan yang menjadi perkara pokok dan asas kepada anutan pengamalnya. Betulkan ayat ni kalau gua salah.

Jika tuhan ianya disembah. Dipuja dan kita percaya kepada kuasanya. Itu Tuhan. Dan adakah keterlaluan jika gua katakan seni itu adalah Tuhan. Mungkin ya agak keterlaluan atau memang keterlaluan. Tapi jika dilihat pada perkembangan seni ia bukanlah sesuatu yang keterlaluan jika kene pada dalilnya dan haulnya.

Beribu ribu zaman dan berjuta tahun dahulu telah tercipta berhala seperti al-Uzza. Dan pendek kata masyarakat mengangap Berhala itu adalah Tuhan, maka ianya dipuja dan disembah. Walau apa pun bukankah al-Uzza adalah satu hasil seni. Kemudian hasil seni dipuja. Maka apa yang dipuja sebenarnya?

Dan begitu juga dalam masyarakat kita pada hari ini. Tokong Dikatakan pengantara antara penganutnya dengan Tuhan. Walaupun pengantara tapi apa die Tokong tu. Karya seni juga bukan?

Tak perlu gua huraikan dengan contoh contoh yang lain lebih berat lagi. Nanti pening pulak kepala. Cuma apa yang gua tekannya.. beribu malah berjuta tahun dahulu Masyarakat memuja Tuhan yang sebenarnya mereka tidak sedar itu adalah seni.

Dalam konteks kita orang Islam perlu percaya dan yakin Allah itu Maha besar dan tiada lain yang disembah melainkan-Nya.

14.8.09

Ulamak dan Seniman

Masa diperingkat sekolah dulu, ketika Guru Agama membicarakan halal haram, sumber pendapatan, barakah dan subhah sebagainya gua bangun bertanya kerana gua tidak tahu dan nak tahu, bukan niat nak tunjuk gua ni pelajar bagus yang bertanya soalan ke hape. Tapi sebab gua nak tau.

Soalan gua disimplekan lebih kurang begini.
"adakah artis itu sumber pendapatannya dari berlakon dan bernyanyi itu haram atau halal"
Gua kompius,, kerjaya itu dilabelkan haram.. tapi gua fikir itu adalah bakat dan usaha mereka. Bukan mengambil hak orang atau sebagainya.

Dan guru agama gua jawab begini. Jawapan ini tidak ditokok tambah dan masih segar dalam ingatan.
"Duit itu halal, tapi didapatkan dengan cara menggadai maruah diri"
gua diam... terkedu... nampaknya itu lebih berat pada fikiran gua dari mencuri dan merompak. Ye! menggadai maruah diri itu terlalu berat pada gua.

Gua tanya "Kenape?"

Guru agama gua jawab lebih kurang begini. Gua lupa struktur penuh ayat. Tapi isinya masih melekat dan tertancap! Apa yang dimaksudkannya ialah pekerjaaan itu halal tetapi tidak bermaruah. Gua bertanya,, kenapa?

Dari jawapan tu gua faham apa yang dimaksudkannya, berpegangan tangan dengan bukan muhrin, tidak menutup aurat, menari dipentas, terkinja kinja dan sebagainya lagi yang gua rasa lu orang boleh agak dan fikir. Takkan nak suap je ye tak?

Apa pasti, konsep dakwah melalui seni itu sangatlah luas. Agama juga pada zaman dahulu pernah dikembangkan melalui kesenian. Seni itu menjadi mendium untuk menyampai sesuatu, politik dan agama juga berkembang melalui kesenian. Bagaimana agama dan politik berkembang melalui kesenian? kalau berminat nak tahu silalah kaji dan baca bahan yang berkaitan.

Apa yang tidak disedari kadangkala peranan artis atau pelakon itu khabarnya sama besar dengan peranan ustaz dan ustazah, dan malah mungkin lebih besar peranannya.
Gua ambil contoh yang mudah, seorang uztaz memberi ceramah di surau. Alhamdullilah sampai ilmu dan manfaat dari majlis itu. Tapi sedarkah kita bahawa ruangnya sangat terhad. Hanya berlegar sekitar para jemaah yang hadir di surau tersebut, dan memang sebenarnya mereka itu sudah boleh dikatakan mereka yang datang mendengar itu sendiri sudah dikalangan mereka yang berakhlak mulia walaupun tidak sepenuhnya. Itulah golongan orang surau yang juga hari hari pergi surau. Kecil bukan, terhad dan hanya untuk golongan itu itu saja, hanya untuk dia dia saja, ini dalam erti kata mudahnya.

Tapi bila seorang pelakon itu berlakon, bila pengarah dan penulis itu berkarya.. hasilnya ditonton dan dilihat serta dinilai hampir seluruh negara. Malah mungkin dunia jika industrinya besar dan gah. Berapa ramai yang mendapat impak dan mesej dari karya tersebut. Berapa ramai yang terbuka matannya. Bukankah itu juga dakwah,, baik dan bagus. Pendapat yang gua dengar, kadangkala karyawan atau orang seni lebih hebat peranan dan jasanya dari Ulamak. Kerana karya mereka menyeluruh dan memberi impak kepada semua. Dakwah orang seni luas hingga ke tahap pelacur dan perogol juga sampai, mereka yang saban malam mabuk mabuk juga menerima. Wallahualam.

Anak seni itu dikutuk, dihina di Surau dan Masjid.
Balik rumah jap lagi bukak tivi tengok Cerekarama.

Apa yang gua tulis bukan untuk merendahkan rendahkan martabat para Ulamak, jauh sekali.. Bukan untuk menghina Guru Agama gua..Nauzubillah. Meraka tetap insan insan yang mulia dan sentiasa menegakkan agama. Syukur alhamdullilah masih ada golongan yang benar benar mahu membela nasib agama bangsanya. Ia Cuma sekadar bingkisan untuk membuka mata.

7.8.09

"Perbendaharaan Hidup"

Dulu gua pernah menulis entri bahawa manusia ini tidak pernah cukup matang dalam entri bertajuk Dari Kepala Hotak Berjambul. Dan gua juga pernah menulis entri berkisar pandangan gua tentang keberjayaan dalam minda gua di entri Penternak Ayam.

Atas apa yang pernah gua tulis dulu, tiada istilah yang tepat gua gunakan selain pengalaman hidup. Tapi kini gua belajar, bahawa itu semua adalah "Perbendaharaan Hidup". Konsepnya mudah saja, untuk menjadi seorang penulis yang baik. Lu perlu menguasai perbendaharaan kata terlebih dahulu, agar hasil tulisan lu lebih baik dengan penggunaan bahasa yang menarik dan cantik. Semakin banyak lu menguasai perbendaharaan kata, semakin baik hasil dan karya tulisan lu.

Dan konsep ini juga sama dalam kehidupan. "Perbendaharaan Hidup", apa yang lu lalui sepanjang hidup ini, apa sakit dan derita yang lu rasa. Apa payah dan suka yang pernah singgah dan segala macam apa apa. Gua tak perlu ulas panjang yang ini sebab gua dah ulas dalam entri yang lalu.

Cuma apa yang pasti dalam konsep ini, semakin banyak "Perbendaharaan Hidup" kita, semakin kental kehidupan dan kuat jati diri kita.