28.9.09

LA VIE EN ROSE (Watak Yang Cantik)

Menatap wajah seribu makna anak kecil itu terasa ada cerita akan diungkaikan dalam perjalanan semakin yang berat. Apalagi tatkala anak kecil dipaksa melakukan sesuatu oleh ayahnya lalu dia menyanyi, mula terasa seluruh roma di tengkuk turut berdiri walaupun sepatah tidak difahami apa cerita dilontar.

Voice Over antara perkara yang gua suka dan sangat sesuainya ia digunakan untuk sebuah karya biografi seperti ini. Alasannya mudah kerana ia seperti cerita dari seorang pencerita untuk pendengarnya. Voice Over atau suara latar juga membantu memudahkan penonton memahami situasi dan mencantikkan penceritaan dengan meringkaskannya. Kadangkala suara yang menjadi suara latar itu mampu meruntun emosi ataupun mencuit hati jika perkara yang disebut itu kelakar.

Silent Moment ataupun difahami sebagai adegan tidak bersuara juga merupakan perkara yang digemari turut digunakan dalam filem ini. Tetapi apa yang menariknya ialah penggunaannya itu kena dan tepat pada waktunya. Secara peribadi gua melihat ia perlu diletakkan antara celahan adegan adegan tegang. Ini kerana jika tepat masa dan situasi ia mampu mengigit gigit perasaan penonton. Dalam filem ini, mood senyap tersebut digunakan pada babak di mana Edith Piat membuat persembahan di dewan orkestra dalam kegugupan dan akhirnya disambut dengan tepukan gemuruh dari penonton. Bukankah itu menarik? Tanpa perlu berdialog ia mampu bercerita.

Memandang dari sudut sinematografi, Gua tertarik dengan teknik pelbagai yang digunakan, dari one single camera ataupun lebih tepatnya one shot hingga ke panning iaitu kamera yang bergerak gerak . Ia menambahkan variasi dan warnanya maka tidak ada sebab untuk bosan disitu jika anda menilai hasil kerja kreatif mereka ini.
Pendapat gua tidak mengatakan bahawa ini bukan sebuah filem flashback atupun imbas masa silam. Tapi saya lebih berat melihat ia sebagai imbas muka. Maksudnya cerita ini bercerita tentang apa yang akan berlaku di masa tuanya. Bukan apa yang berlaku di masa mudanya. Mungkin agak ganjil pendapat ini apatah lagi semua mengetahui bahawa Edith Piat itu memang wujud maka adalah logik jika filem ini bercerita kisah lalunya. Tapi gua lebih suka melihat ia sebagai cerita yang menceritakan apa akan berlaku padanya bila tua nanti. Untuk memudahkan persoalan ini, meletakkan kononnya bahawa semasa cerita ini dibuat Edith Piat masih muda remaja dan dipuncak kerjaya.

Ritma atau pacing filem ini agak laju sebenarnya walaupun durasi tanyangannya mengambil masa yang lama hampir tiga jam. Ini dinilai dengan shotnya yang tidak terlalu meleret dan cerita ini juga sesetengah klimaks itu dimatikan dengan pastas apabila adegan yang tegang terus beralih ke saat usia tuanya. Maka suntingannya adalah kerja seni yang bagus.

Perkara paling menakjubkan yang terdapat dalam La Vie En Rose adalah Marion Cotillard itu sendiri. Lakonannya yang bagus dan sangat realisme meletakkan ini antara filem autobiografi yang bagus dan benar benar membawa penonton menyelami kehidupan Edith Piat. Edith Piat ditangan Marion Cotillard benar benar dungu. Itu pada mulanya, semakin menyelusuri semakin terserlah kemegahan dan kegagahan Edith Piat serta diakhir saya begitu tersentuh dengan apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Ada getar terlihat disitu. Penghayatan dan konsentrasi terhadap watak adalah kerja yang Berjaya ditanganinya dengan cemerlang.

Ketegasan jelas, bukan sahaja melalui suara, tapi bahasa badan yang wajahnya, namun kadangkala kelucuan juga timbul menjadikannya satu watak yang benar benar hidup. Pengalaman menonton filem atau drama sebelum ini gua sering tertanya tanya. Kenapa pengarah menjadikan wataknya begitu? Kenapa begini. Kerap gua melihat watak yang garang akan garang hingga ke akhir cerita. Watak yang sedih akan menangis selama dua jam cerita. Tidak adakah kecerian dalam hidupnya, oh malangnya hidup kamu. Adakah manusia yang sentiasa marah marah sepanjang hari dalam hidupnya tanpa ketawa dan tersenyum?

Jadi atas perkara itu gua melihat Marion menjadikan watak ini cantik dan cerdik, sempurna sebagai seorang manusia yang kita mampu yakini itu adalah manusia. Alasan gua mudah, jika kita garang tadi tak semestinya kita garang untuk esoknya juga. Watak Edith masa kecil pula amat menyentuh hati. Diamnya itu menggigit gigit perasaan, wajahnya menimbulkan kasihan.

Maka Oliver Dahan merealisasikan apa itu makna sebuah kehidupan dalam filem. Ia Berjaya menimbulkan keghairahan dan keghairahan itu masih mampu memuncak biarpun masanya terlalu lama. Gua memberontak ingin mengetahui apalah nasib kau Edith Piat. Biarpun dah sampai dan tahu ia akan mati. Tapi punggung masih terpaku dan mata masih tertancap hingga ke detik detik hembusan nafas terakhir.

24.9.09

Ahmad Yatim

Aku pernah tertengok sebuah rancangan realiti di stesen tv Malaysia, minggu ini untuk dinilai para peserta dibawa ke rumah anak anak yatim. Disitu kamera memfokus bagaimana mereka ini melayan dan berbaik baik dengan anak anak itu. Melayan makan minum dan sebagainya, sekali tengok persis semua layaknya ibu mithali.

Rakan rakan di menara gading dulu ada juga yang membuat projek projek untuk subjek mereka. Dan keberjayaan projek itu dinilai untuk memastikan mereka lulus kursus tersebut. Jika dibaca pada kertas kerja yang dihasilkan pasti ada ternyata objektifnya untuk melahirkan para pelajar yang bertanggungjawab sosial ataupun mewujudkan rasa positif dalam diri anak anak yatim itu, seperti rasa lebih dihargai dan menyuntik semangat dalam diri mereka. Kalau aku salah silalah betulkan? (Tanda soal)

Keras aku katakan aku tak suka cara begitu. Kau buat program bawak peserta pegi rumah anak malang itu, kau komerislkan rancangan kau dengan tema CSR (Corporate Social Responsibility) dan buat duit. Kau pelajar lakukan program kau ditempat mereka, ambil berat masalah mereka, dan bila kau dah lulus, sampai mati pun kau tak ingat lagi kau pernah pegi situ.

Kau orang tak Iklhas, kau ada motif dan kau pergunakan mereka untuk dapatkan apa yang kau hajati. Kalau aku salah seorang dari anak yatim itu aku akan bangun semasa acara makan atau sebaginya sedang berlangsung. Aku akan cakap:

"kau datang tempat kami, kau bawak kamera kau dan paparkan nasib malang kami untuk kau capai cita cita kau, lepas ni kau akan pulang dan esoknya kami akan terus menjalani kehidupan kami macam biasa. Kau pergunakan kami tanpa memikirkan perasaan kami. Kau jadikan kami ini alat semata mata".

Berapa banyak kau lihat program yang memperaltkan mereka?
Kalau kau ada rezeki sekarang atau bila bila masa nanti berilah sumbangan kepada rumah kebajikan yang ada. Setahun sekali, dua kali atau tiap tiap bulan kalau rasa tak tau duit tu nak buat apa.

K/K : jangan buat kelakar Anak Ahmad Yatim.

3.9.09

Ramai Orang Tak Puas Hati Dengan Dunia

Bersungut! sana sini dengar orang bersungut hal itu hal ini. Semua rasa dia terseksa, dia benasib malang dan kenapa perkara ini terjadi pada dia. Dunia ini memang kejam, dunia tak pernah adil dan gelora atau gelombang hidup ini terlalu ganas. Kan?

Berapa ramai antara kita percaya dunia ini memang tak adil? Mengaku je la. Siapa rasa dunia bukan tempat yang bagus untuk dia. Kita kata dunia ini tak adil? maksudnya siapa yang kita tuduh sebagai tak adil tu. Siapa pemiliknya? siapa mengaturkannya? Kan Allah? jadi kamu menuduh Allah itu tidak adil. Benarkan begitu?

"Oh saya punyai sebuah keluarga yang sangat teruk, saya miliki kawan kawan yang sangat celake.. Kenapa saya harus melalui hidup yang sial ini."

Siapa yang beri kamu hidup ini. Jadi siapa yang kamu tuduh memberi kesialan ini?

Jangan salahkan Alam atas semua yang berlaku dalam hidup kamu. Tuhan itu bukan kejam untuk melakukan begitu.

Kita sering membesarkan perkara yang sebenarnya sangat kecil. Untuk berkarya dalam seni itu bagus. Membesarkan perkara yang kecil. Tapi dalam hidup, kamu memberatkan lagi perkara yang sepatutnya bukan satu wabak pun. Kita yang sering angap kita ini celake. Kita angap hidup ini sial.

Maka SIAL lah jadinya.