24.12.10

Sepoi Sepoi Bahasa

Perkembangan seni sekitar Kuala Lumpur/Lembah Kelang sekarang ini boleh aku kategorikan meriah. Meriah dengan majlis majlis yang tak henti henti diadakan, meriah dengan aktivis aktivis baru yang muncul. Ada kumpulan kumpulan seni yang menganjurkan majlis mendapat penajaan dan ada yang tidak ditaja. Jika tidak ditaja sumber kewangan untuk mengadakan majlis sudah tentu dikeluarkan sendiri oleh ahli ahlinya dan jika ada tabung kutipan dari pengunjung. Tetapi dilihat pada situasi itu adalah amat malang apabila yang mendapat tajaan itu tidak bertahan lama dalam penganjuran mereka.

Trend dilihat juga semakin ramai penggiat yang lantang bersuara dan menyuarakan pendapat mereka. Jika disebut lantang bersuara itu sudah pastilah mengkritik dan tidak bersetuju dengan sesuatu hal. Namun secara jujurnya juga aku tidak selesa dengan kelantangan yang pada aku tidak berasas itu. Memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti hala tuju dan entah kemana.

Adakah dilihat rebel itu sebagai satu trend untuk melonjak naik dan meraih populariti. Di beberapa negara, aktivis dan masyarakat bersuara keras menolak sistem kerana penindasan yang dialami dan dirasai oleh mereka. Disini aku cuba melihat bagaimana mereka merasai kezaliman sistem itu. Menurut pendapat seorang teman, bagaimana mereka boleh mengamuk apabila harga minyak dinaikkan 0.05 sen sedangkan mereka mampu membeli I-Phone yang beribu itu dan meng-update status di Facebook tentang kenaikkan harga itu.

Bagaimana pelajar insititusi pengajian tinggi awam yang kos pembelajarannya sangat rendah/ditaja/atau mendapat pinjaman boleh mengatakan kita perlu merubah sistem yang semakin menekan. Dimanakah mereka sebenarnya merasai kesusahan itu. Ya, mungkin itu terlalu mudah dan bukan cara yang betul untuk menilai, mungkin ada pengamatan mereka yang lebih jelas dan tepat tentang kepincangan yang ada. Tapi sebenarnya adalah mustahil untuk kita berkata tentang perjuangan jika kita merasai kejamnya dunia.

Dan adakah boleh dikatakan bahawa trend anak muda memberontak ini adalah kerana ikut ikutan?

28.7.10

Nilai Kasih Sukar Diungkap

Untuk HEGEMONI aku melampiaskan beberapa perkara yang aku rasa ianya betul, aku rasa ianya betul dan sekurangnya ia betul pada aku, pada kamu mungkin ia tak betul, terserah. "Betapa sukarnya menyatakan keikhlasan". Berapa ramai antara kita yang fasih mengatakan "sayang/cinta" kepada ibu dan ayah. Untuk yang seuisa dengan aku dan ke atas perkara itu mungkin sangat berat.

Kasih sayang pada ibu bapa terlalu tinggi dan dalam, maka kata kata itu terlalu sukar dan berat untuk diluahkan, dibandingkan dengan kekasih hati yang baru kita kenal mungkin semalam/seminggu/sebulan/setahun/bertahun/menahun/ mudah dan lancar perginya kata kata cinta itu.

Namun ada juga yang sukar mengungkapkan cinta kepada kekasih hatinya, kerana apa? kerana pada aku nilai kasihnya terlalu tinggi dan kata kata bukan lagi nilaian. Sebu dan segalanya mungkin "ah aku nak cakap yang ini pun susah"!

26.4.10

Jangan Berfikir Terlalu Lama


Berfikir itu bagus, keputusan kamu paling tepat dan bijak bila berfikir. Namun berfikir juga menjadi kamu bodoh! Berfikir terlalu lama menjadi kamu lebih kelihatan bebal. Kamu mungkin nafikan ini, tapi lihat sekeliling dan fikir semula apa yang aku cakap, namun jika kau masih berfikir lama aku andaikan juga kamu bodoh.

Fikir dan fikir namun dalam situasi tertentu kamu tidak perlu berfikir dan hanya buat. Kerana buat itu adalah lebih baik dari berfikir. Manusia yang fikir fikir dan fikir tak buat apa apa pun sudahnya. Jadi seperi kebanyakan yang lain, fikir nak buat itu, buat ini dan segalanya namun kesudah semua masih fikir.

25.3.10

Musibah Itu Untuk kamu.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup, bertujuan untuk menguji kau dan menjadikan kau lebih kuat untuk hari esok. Segala musibah yang menimpa itu jika kamu tidak melihat apa apa hikmat pun ia pasti akan mematangkan kamu. Oh jika kamu lakukan ini lagi di masa mendatang pasti ada kecelakaan ini menimpa lagi. ataupun Oh aku merasakan sakit yang ini maka pastinya esok jika sakit yang sama menimpa lagi daya tahan kamu sudah biasa dan kamu tidak merasa sakitnya.

Jangan fikir musibah yang menimpa itu untuk menjahanamkan diri kamu, kerana jika kamu merasakan itu sampai bila bila pun kamu tidak akan belajar, tidak akan matang, tidak punya daya tahan dan sia sialah kamu sepanjang hidup, lebih baik kamu mati sekarang saja dari kamu terus mengeluh dan mengeluh. Untuk apa mengeluh jika hanya mencari salah, untuk apa mengeluh jika hanya melemahkan otak, minda dan kamu tak mampu berfikir.

31.1.10

Seks?

Malam tadi aku menonton Bangsawan Laksaman Cheng Ho. Sebab aku tengok cerita ini kerana Kawan aku, dan memang aku nak tengok. Kerana aku nak tahu apa yang telah dikontemporarikan untuk bangsawan ini.

Dalam satu adegan itu ada Laksamana Cheng Ho terpaksa memotong lancaunya untuk mengelakkan dirinya menerima cinta puteri Ang Di Po dan mengelakkan dirinya dari mengkhianati Maharaja Meng. Adegan itu dilakukan dengan simbolik gerakan dan Laksamana Cheng Ho membelakangkan penonton ketika memotong. Untuk kanak kanak memang susah nak faham. Dan dialog yang digunakan juga berlapik dengan menyatakan "Laksamana telah melenyakan zuriatnya".

Ada kanak kanak (perempuan) di depan aku tidak faham dengan apa yang dengan apa yang dimaksudkan "melenyapkan zuriatnya" dan simbolik memotong lancau itu. Dia bertanya pada ibunya untuk mendapatkan lebih penjelasan dan memahami apa yang berlaku. Kali pertama dia bertanya :

"dia bunuh diri ke ibu?"

dan lagi :

"tadi dia buat apa ibu"

dan :

"kenapa? dia potong apa tadi ibu?"

untuk ketiga tiga soalan itu si ibu tiada jawapan dan menyuruh anaknya tengok saja cerita itu. Anak terus kebingungan. Dan aku berfikir, betapa kuatnya lonjakan anak anak sekarang dan betapa pentingnya kita mengajar asas perhubungan seks itu kepada anak anak. Namun harus berhati hati.