9.12.09

Dada - ism

Dada asal perkataanya dikatakan bermula di Romania, ha Romania. Berat ke? kalau berat pegi tengok TV. Perkataan Da-Da apabila diterjermahkan kedalam bahasa Inggeris ia setara dengan "Yeah-Yeah", macam yang Bandi Amuk selalu cakap tu la. Tapi Aku tak sure dia tu pengikut Dadaism atau tak. Da itu dalam Romania membawa makna "benar"!

Namun pendapat mengatakan belum tentu diambil dari itu, tetapi itu adalah kebarangkaliannya yang hampir.

Dadaism gerakan yang bermula di Zurich selepas perang dunia kedua. Subjek utama dadaism adalah kiritikan perang yang sial. Kebodohan perang menyebabkan manusia merasa dunia ini sangat celaka haram jadah! Kegiatan dada termasuk rapat umum, demontrasi, penerbitan sastera jurnal, seni visual, puisi dan teater.

Selanjutnya gerakan dadaism turut mempengaruhi gerakan lain seperti Surrelism, Pop Art, Fluxus dan Punk Rock. George Grosz berpendapat bahawa seni Dadaist adalah lambang "protes terhadap dunia yang sedang menuju kehancuran".

8.12.09

Naturalisme

Naturalisme adalah suatu gerakan di Eropah yang berkembang pada akhir abad 19 dan awal 20 abad. Ia cuba untuk mencipta ilusi yang sempurna daripada realiti melalui pelbagai strategi dan dramatik. Naturalisme bertindak, berusaha untuk mengeluarkan semula sifat manusia sehampir berlawanan dengan permainan ekspresionis yang berusaha untuk menyesuaikan dengan mode.

Naturalisme menjadi gerakan dan cara yang lebih ektrem daripada realisme. Penulis aliran Naturalisme adalah dipengaruhi oleh Teori Evolusi oleh Charles Darwin. Mereka juga percaya dan berpendapat bahawa perkara yang menentukan karekter sesorang ialah asal keturunannya dan persekitaran.

Naturalisme menentang Romantisme dan menjadikan subjek itu sangat simbolik dan idealis atau bahkan melebih lebih pembuatannya. Aliran ini memilih subjek yang kasar atau kotor. Naturalisasi terhasil kerana cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seperti kemiskinan, perkauman, penindasan, seks, prasangka, penyakit, pelacuran dan kekotoran.

Jurucakap utama naturalisme adalah Emile Zola(1840-1902) berkata ;
"benteng terakhir dusta, Musuh utama naturalisme bukan Romantisisme, tapi kelemahan bermain itu sendiri"

28.9.09

LA VIE EN ROSE (Watak Yang Cantik)

Menatap wajah seribu makna anak kecil itu terasa ada cerita akan diungkaikan dalam perjalanan semakin yang berat. Apalagi tatkala anak kecil dipaksa melakukan sesuatu oleh ayahnya lalu dia menyanyi, mula terasa seluruh roma di tengkuk turut berdiri walaupun sepatah tidak difahami apa cerita dilontar.

Voice Over antara perkara yang gua suka dan sangat sesuainya ia digunakan untuk sebuah karya biografi seperti ini. Alasannya mudah kerana ia seperti cerita dari seorang pencerita untuk pendengarnya. Voice Over atau suara latar juga membantu memudahkan penonton memahami situasi dan mencantikkan penceritaan dengan meringkaskannya. Kadangkala suara yang menjadi suara latar itu mampu meruntun emosi ataupun mencuit hati jika perkara yang disebut itu kelakar.

Silent Moment ataupun difahami sebagai adegan tidak bersuara juga merupakan perkara yang digemari turut digunakan dalam filem ini. Tetapi apa yang menariknya ialah penggunaannya itu kena dan tepat pada waktunya. Secara peribadi gua melihat ia perlu diletakkan antara celahan adegan adegan tegang. Ini kerana jika tepat masa dan situasi ia mampu mengigit gigit perasaan penonton. Dalam filem ini, mood senyap tersebut digunakan pada babak di mana Edith Piat membuat persembahan di dewan orkestra dalam kegugupan dan akhirnya disambut dengan tepukan gemuruh dari penonton. Bukankah itu menarik? Tanpa perlu berdialog ia mampu bercerita.

Memandang dari sudut sinematografi, Gua tertarik dengan teknik pelbagai yang digunakan, dari one single camera ataupun lebih tepatnya one shot hingga ke panning iaitu kamera yang bergerak gerak . Ia menambahkan variasi dan warnanya maka tidak ada sebab untuk bosan disitu jika anda menilai hasil kerja kreatif mereka ini.
Pendapat gua tidak mengatakan bahawa ini bukan sebuah filem flashback atupun imbas masa silam. Tapi saya lebih berat melihat ia sebagai imbas muka. Maksudnya cerita ini bercerita tentang apa yang akan berlaku di masa tuanya. Bukan apa yang berlaku di masa mudanya. Mungkin agak ganjil pendapat ini apatah lagi semua mengetahui bahawa Edith Piat itu memang wujud maka adalah logik jika filem ini bercerita kisah lalunya. Tapi gua lebih suka melihat ia sebagai cerita yang menceritakan apa akan berlaku padanya bila tua nanti. Untuk memudahkan persoalan ini, meletakkan kononnya bahawa semasa cerita ini dibuat Edith Piat masih muda remaja dan dipuncak kerjaya.

Ritma atau pacing filem ini agak laju sebenarnya walaupun durasi tanyangannya mengambil masa yang lama hampir tiga jam. Ini dinilai dengan shotnya yang tidak terlalu meleret dan cerita ini juga sesetengah klimaks itu dimatikan dengan pastas apabila adegan yang tegang terus beralih ke saat usia tuanya. Maka suntingannya adalah kerja seni yang bagus.

Perkara paling menakjubkan yang terdapat dalam La Vie En Rose adalah Marion Cotillard itu sendiri. Lakonannya yang bagus dan sangat realisme meletakkan ini antara filem autobiografi yang bagus dan benar benar membawa penonton menyelami kehidupan Edith Piat. Edith Piat ditangan Marion Cotillard benar benar dungu. Itu pada mulanya, semakin menyelusuri semakin terserlah kemegahan dan kegagahan Edith Piat serta diakhir saya begitu tersentuh dengan apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Ada getar terlihat disitu. Penghayatan dan konsentrasi terhadap watak adalah kerja yang Berjaya ditanganinya dengan cemerlang.

Ketegasan jelas, bukan sahaja melalui suara, tapi bahasa badan yang wajahnya, namun kadangkala kelucuan juga timbul menjadikannya satu watak yang benar benar hidup. Pengalaman menonton filem atau drama sebelum ini gua sering tertanya tanya. Kenapa pengarah menjadikan wataknya begitu? Kenapa begini. Kerap gua melihat watak yang garang akan garang hingga ke akhir cerita. Watak yang sedih akan menangis selama dua jam cerita. Tidak adakah kecerian dalam hidupnya, oh malangnya hidup kamu. Adakah manusia yang sentiasa marah marah sepanjang hari dalam hidupnya tanpa ketawa dan tersenyum?

Jadi atas perkara itu gua melihat Marion menjadikan watak ini cantik dan cerdik, sempurna sebagai seorang manusia yang kita mampu yakini itu adalah manusia. Alasan gua mudah, jika kita garang tadi tak semestinya kita garang untuk esoknya juga. Watak Edith masa kecil pula amat menyentuh hati. Diamnya itu menggigit gigit perasaan, wajahnya menimbulkan kasihan.

Maka Oliver Dahan merealisasikan apa itu makna sebuah kehidupan dalam filem. Ia Berjaya menimbulkan keghairahan dan keghairahan itu masih mampu memuncak biarpun masanya terlalu lama. Gua memberontak ingin mengetahui apalah nasib kau Edith Piat. Biarpun dah sampai dan tahu ia akan mati. Tapi punggung masih terpaku dan mata masih tertancap hingga ke detik detik hembusan nafas terakhir.

24.9.09

Ahmad Yatim

Aku pernah tertengok sebuah rancangan realiti di stesen tv Malaysia, minggu ini untuk dinilai para peserta dibawa ke rumah anak anak yatim. Disitu kamera memfokus bagaimana mereka ini melayan dan berbaik baik dengan anak anak itu. Melayan makan minum dan sebagainya, sekali tengok persis semua layaknya ibu mithali.

Rakan rakan di menara gading dulu ada juga yang membuat projek projek untuk subjek mereka. Dan keberjayaan projek itu dinilai untuk memastikan mereka lulus kursus tersebut. Jika dibaca pada kertas kerja yang dihasilkan pasti ada ternyata objektifnya untuk melahirkan para pelajar yang bertanggungjawab sosial ataupun mewujudkan rasa positif dalam diri anak anak yatim itu, seperti rasa lebih dihargai dan menyuntik semangat dalam diri mereka. Kalau aku salah silalah betulkan? (Tanda soal)

Keras aku katakan aku tak suka cara begitu. Kau buat program bawak peserta pegi rumah anak malang itu, kau komerislkan rancangan kau dengan tema CSR (Corporate Social Responsibility) dan buat duit. Kau pelajar lakukan program kau ditempat mereka, ambil berat masalah mereka, dan bila kau dah lulus, sampai mati pun kau tak ingat lagi kau pernah pegi situ.

Kau orang tak Iklhas, kau ada motif dan kau pergunakan mereka untuk dapatkan apa yang kau hajati. Kalau aku salah seorang dari anak yatim itu aku akan bangun semasa acara makan atau sebaginya sedang berlangsung. Aku akan cakap:

"kau datang tempat kami, kau bawak kamera kau dan paparkan nasib malang kami untuk kau capai cita cita kau, lepas ni kau akan pulang dan esoknya kami akan terus menjalani kehidupan kami macam biasa. Kau pergunakan kami tanpa memikirkan perasaan kami. Kau jadikan kami ini alat semata mata".

Berapa banyak kau lihat program yang memperaltkan mereka?
Kalau kau ada rezeki sekarang atau bila bila masa nanti berilah sumbangan kepada rumah kebajikan yang ada. Setahun sekali, dua kali atau tiap tiap bulan kalau rasa tak tau duit tu nak buat apa.

K/K : jangan buat kelakar Anak Ahmad Yatim.

3.9.09

Ramai Orang Tak Puas Hati Dengan Dunia

Bersungut! sana sini dengar orang bersungut hal itu hal ini. Semua rasa dia terseksa, dia benasib malang dan kenapa perkara ini terjadi pada dia. Dunia ini memang kejam, dunia tak pernah adil dan gelora atau gelombang hidup ini terlalu ganas. Kan?

Berapa ramai antara kita percaya dunia ini memang tak adil? Mengaku je la. Siapa rasa dunia bukan tempat yang bagus untuk dia. Kita kata dunia ini tak adil? maksudnya siapa yang kita tuduh sebagai tak adil tu. Siapa pemiliknya? siapa mengaturkannya? Kan Allah? jadi kamu menuduh Allah itu tidak adil. Benarkan begitu?

"Oh saya punyai sebuah keluarga yang sangat teruk, saya miliki kawan kawan yang sangat celake.. Kenapa saya harus melalui hidup yang sial ini."

Siapa yang beri kamu hidup ini. Jadi siapa yang kamu tuduh memberi kesialan ini?

Jangan salahkan Alam atas semua yang berlaku dalam hidup kamu. Tuhan itu bukan kejam untuk melakukan begitu.

Kita sering membesarkan perkara yang sebenarnya sangat kecil. Untuk berkarya dalam seni itu bagus. Membesarkan perkara yang kecil. Tapi dalam hidup, kamu memberatkan lagi perkara yang sepatutnya bukan satu wabak pun. Kita yang sering angap kita ini celake. Kita angap hidup ini sial.

Maka SIAL lah jadinya.

28.8.09

Seni Itu Tuhan (Part 1)

Berat? Bila dikata Tuhan pasti adanya kepercayaan dan pegangan serta anutan. Seni itu sendiri mementingkan pegangan dan kepercayaan yang menjadi perkara pokok dan asas kepada anutan pengamalnya. Betulkan ayat ni kalau gua salah.

Jika tuhan ianya disembah. Dipuja dan kita percaya kepada kuasanya. Itu Tuhan. Dan adakah keterlaluan jika gua katakan seni itu adalah Tuhan. Mungkin ya agak keterlaluan atau memang keterlaluan. Tapi jika dilihat pada perkembangan seni ia bukanlah sesuatu yang keterlaluan jika kene pada dalilnya dan haulnya.

Beribu ribu zaman dan berjuta tahun dahulu telah tercipta berhala seperti al-Uzza. Dan pendek kata masyarakat mengangap Berhala itu adalah Tuhan, maka ianya dipuja dan disembah. Walau apa pun bukankah al-Uzza adalah satu hasil seni. Kemudian hasil seni dipuja. Maka apa yang dipuja sebenarnya?

Dan begitu juga dalam masyarakat kita pada hari ini. Tokong Dikatakan pengantara antara penganutnya dengan Tuhan. Walaupun pengantara tapi apa die Tokong tu. Karya seni juga bukan?

Tak perlu gua huraikan dengan contoh contoh yang lain lebih berat lagi. Nanti pening pulak kepala. Cuma apa yang gua tekannya.. beribu malah berjuta tahun dahulu Masyarakat memuja Tuhan yang sebenarnya mereka tidak sedar itu adalah seni.

Dalam konteks kita orang Islam perlu percaya dan yakin Allah itu Maha besar dan tiada lain yang disembah melainkan-Nya.

14.8.09

Ulamak dan Seniman

Masa diperingkat sekolah dulu, ketika Guru Agama membicarakan halal haram, sumber pendapatan, barakah dan subhah sebagainya gua bangun bertanya kerana gua tidak tahu dan nak tahu, bukan niat nak tunjuk gua ni pelajar bagus yang bertanya soalan ke hape. Tapi sebab gua nak tau.

Soalan gua disimplekan lebih kurang begini.
"adakah artis itu sumber pendapatannya dari berlakon dan bernyanyi itu haram atau halal"
Gua kompius,, kerjaya itu dilabelkan haram.. tapi gua fikir itu adalah bakat dan usaha mereka. Bukan mengambil hak orang atau sebagainya.

Dan guru agama gua jawab begini. Jawapan ini tidak ditokok tambah dan masih segar dalam ingatan.
"Duit itu halal, tapi didapatkan dengan cara menggadai maruah diri"
gua diam... terkedu... nampaknya itu lebih berat pada fikiran gua dari mencuri dan merompak. Ye! menggadai maruah diri itu terlalu berat pada gua.

Gua tanya "Kenape?"

Guru agama gua jawab lebih kurang begini. Gua lupa struktur penuh ayat. Tapi isinya masih melekat dan tertancap! Apa yang dimaksudkannya ialah pekerjaaan itu halal tetapi tidak bermaruah. Gua bertanya,, kenapa?

Dari jawapan tu gua faham apa yang dimaksudkannya, berpegangan tangan dengan bukan muhrin, tidak menutup aurat, menari dipentas, terkinja kinja dan sebagainya lagi yang gua rasa lu orang boleh agak dan fikir. Takkan nak suap je ye tak?

Apa pasti, konsep dakwah melalui seni itu sangatlah luas. Agama juga pada zaman dahulu pernah dikembangkan melalui kesenian. Seni itu menjadi mendium untuk menyampai sesuatu, politik dan agama juga berkembang melalui kesenian. Bagaimana agama dan politik berkembang melalui kesenian? kalau berminat nak tahu silalah kaji dan baca bahan yang berkaitan.

Apa yang tidak disedari kadangkala peranan artis atau pelakon itu khabarnya sama besar dengan peranan ustaz dan ustazah, dan malah mungkin lebih besar peranannya.
Gua ambil contoh yang mudah, seorang uztaz memberi ceramah di surau. Alhamdullilah sampai ilmu dan manfaat dari majlis itu. Tapi sedarkah kita bahawa ruangnya sangat terhad. Hanya berlegar sekitar para jemaah yang hadir di surau tersebut, dan memang sebenarnya mereka itu sudah boleh dikatakan mereka yang datang mendengar itu sendiri sudah dikalangan mereka yang berakhlak mulia walaupun tidak sepenuhnya. Itulah golongan orang surau yang juga hari hari pergi surau. Kecil bukan, terhad dan hanya untuk golongan itu itu saja, hanya untuk dia dia saja, ini dalam erti kata mudahnya.

Tapi bila seorang pelakon itu berlakon, bila pengarah dan penulis itu berkarya.. hasilnya ditonton dan dilihat serta dinilai hampir seluruh negara. Malah mungkin dunia jika industrinya besar dan gah. Berapa ramai yang mendapat impak dan mesej dari karya tersebut. Berapa ramai yang terbuka matannya. Bukankah itu juga dakwah,, baik dan bagus. Pendapat yang gua dengar, kadangkala karyawan atau orang seni lebih hebat peranan dan jasanya dari Ulamak. Kerana karya mereka menyeluruh dan memberi impak kepada semua. Dakwah orang seni luas hingga ke tahap pelacur dan perogol juga sampai, mereka yang saban malam mabuk mabuk juga menerima. Wallahualam.

Anak seni itu dikutuk, dihina di Surau dan Masjid.
Balik rumah jap lagi bukak tivi tengok Cerekarama.

Apa yang gua tulis bukan untuk merendahkan rendahkan martabat para Ulamak, jauh sekali.. Bukan untuk menghina Guru Agama gua..Nauzubillah. Meraka tetap insan insan yang mulia dan sentiasa menegakkan agama. Syukur alhamdullilah masih ada golongan yang benar benar mahu membela nasib agama bangsanya. Ia Cuma sekadar bingkisan untuk membuka mata.

7.8.09

"Perbendaharaan Hidup"

Dulu gua pernah menulis entri bahawa manusia ini tidak pernah cukup matang dalam entri bertajuk Dari Kepala Hotak Berjambul. Dan gua juga pernah menulis entri berkisar pandangan gua tentang keberjayaan dalam minda gua di entri Penternak Ayam.

Atas apa yang pernah gua tulis dulu, tiada istilah yang tepat gua gunakan selain pengalaman hidup. Tapi kini gua belajar, bahawa itu semua adalah "Perbendaharaan Hidup". Konsepnya mudah saja, untuk menjadi seorang penulis yang baik. Lu perlu menguasai perbendaharaan kata terlebih dahulu, agar hasil tulisan lu lebih baik dengan penggunaan bahasa yang menarik dan cantik. Semakin banyak lu menguasai perbendaharaan kata, semakin baik hasil dan karya tulisan lu.

Dan konsep ini juga sama dalam kehidupan. "Perbendaharaan Hidup", apa yang lu lalui sepanjang hidup ini, apa sakit dan derita yang lu rasa. Apa payah dan suka yang pernah singgah dan segala macam apa apa. Gua tak perlu ulas panjang yang ini sebab gua dah ulas dalam entri yang lalu.

Cuma apa yang pasti dalam konsep ini, semakin banyak "Perbendaharaan Hidup" kita, semakin kental kehidupan dan kuat jati diri kita.

28.7.09

Semakin Malas Berimaginasi

Biar seorang, tapi hati tak pernah rasa sunyi. Masa kanak kanak biar apa kita lakukan, biar dimana kita melakukan kita akan terus berimaginasi, berimaginasi tanpa henti. Itu yang gua belajar dari seorang kawan. Tak perlu teman bicara, tapi bibir kita akan berdialog, tak perlu teman sepermainan, tapi suasana penuh dengan dialog dialog. Kita akan mencipta watak watak yang menjadi teman bualan.

Main sorong sorang kereta, layan,,, ada bunyi deru enjin.. Ada bunyi break.
Main perang perang askar kecil,, kita penuhkan dengan dialog dialog kapten dan para bala tentera untuk menghidupkan perang itu.. Asyik dan khusyuk bukan.

Ketika kanak kanak, kita berfikir apa yang berada disebalik dinding itu, bagaimana itu berlaku, kenapa itu berlaku.. Bagaimana kalau itu begitu, bagaimana kalau ini begini.
Fikirkan tentang gergasi. Fikirkan hujan itu adalah airmata gergasi, fikirkan gunung itu adalah gergasi yang tidur.

Main perang perang dihalaman rumah, kita berimaginasi kita adalah askar, penuh gagah dan kuat, berani dan terlalu berani. Main pondok pondok, berimaginasi kita adalah ibu, kita adalah ayah, kita adalah bayi yang baru lahir... semua berkarekter, menghayati serta menjiwai watak yang sepatutnya.

Tapi bila dewasa, kita semakin malas berimaginasi dan tak perlu berimaginasi. Otak akan dipenatkan dengan pelbagai lakonan kehidupan. Hal itu, hal ini, masalah itu dan ini serta pelbagai perkara yang menyakitkan otak lagi. Maka ruang dan peluang untuk berimaginasi itu tidak lagi hadir dan kene pada waktunya.

Berimaginasi akan menjadi semakin karut dan kita perlu penuhkan otak dengan cara itu dan ini untuk terus hidup sebagai itu atau ini. Imaginasi? arhhhh..buang masa!

Namun manusia yang memilih pentas sebagai jalan hidupnya perlu terus berimaginasi. Perlu terus berfikir dan berputar bukan sahaja dari 8.30 pagi hingga 5 petang waktu pejabat.. Tapi terus berimaginasi hingga tidur itu belum sampai ke tidur yang abadi.