14.8.09

Ulamak dan Seniman

Masa diperingkat sekolah dulu, ketika Guru Agama membicarakan halal haram, sumber pendapatan, barakah dan subhah sebagainya gua bangun bertanya kerana gua tidak tahu dan nak tahu, bukan niat nak tunjuk gua ni pelajar bagus yang bertanya soalan ke hape. Tapi sebab gua nak tau.

Soalan gua disimplekan lebih kurang begini.
"adakah artis itu sumber pendapatannya dari berlakon dan bernyanyi itu haram atau halal"
Gua kompius,, kerjaya itu dilabelkan haram.. tapi gua fikir itu adalah bakat dan usaha mereka. Bukan mengambil hak orang atau sebagainya.

Dan guru agama gua jawab begini. Jawapan ini tidak ditokok tambah dan masih segar dalam ingatan.
"Duit itu halal, tapi didapatkan dengan cara menggadai maruah diri"
gua diam... terkedu... nampaknya itu lebih berat pada fikiran gua dari mencuri dan merompak. Ye! menggadai maruah diri itu terlalu berat pada gua.

Gua tanya "Kenape?"

Guru agama gua jawab lebih kurang begini. Gua lupa struktur penuh ayat. Tapi isinya masih melekat dan tertancap! Apa yang dimaksudkannya ialah pekerjaaan itu halal tetapi tidak bermaruah. Gua bertanya,, kenapa?

Dari jawapan tu gua faham apa yang dimaksudkannya, berpegangan tangan dengan bukan muhrin, tidak menutup aurat, menari dipentas, terkinja kinja dan sebagainya lagi yang gua rasa lu orang boleh agak dan fikir. Takkan nak suap je ye tak?

Apa pasti, konsep dakwah melalui seni itu sangatlah luas. Agama juga pada zaman dahulu pernah dikembangkan melalui kesenian. Seni itu menjadi mendium untuk menyampai sesuatu, politik dan agama juga berkembang melalui kesenian. Bagaimana agama dan politik berkembang melalui kesenian? kalau berminat nak tahu silalah kaji dan baca bahan yang berkaitan.

Apa yang tidak disedari kadangkala peranan artis atau pelakon itu khabarnya sama besar dengan peranan ustaz dan ustazah, dan malah mungkin lebih besar peranannya.
Gua ambil contoh yang mudah, seorang uztaz memberi ceramah di surau. Alhamdullilah sampai ilmu dan manfaat dari majlis itu. Tapi sedarkah kita bahawa ruangnya sangat terhad. Hanya berlegar sekitar para jemaah yang hadir di surau tersebut, dan memang sebenarnya mereka itu sudah boleh dikatakan mereka yang datang mendengar itu sendiri sudah dikalangan mereka yang berakhlak mulia walaupun tidak sepenuhnya. Itulah golongan orang surau yang juga hari hari pergi surau. Kecil bukan, terhad dan hanya untuk golongan itu itu saja, hanya untuk dia dia saja, ini dalam erti kata mudahnya.

Tapi bila seorang pelakon itu berlakon, bila pengarah dan penulis itu berkarya.. hasilnya ditonton dan dilihat serta dinilai hampir seluruh negara. Malah mungkin dunia jika industrinya besar dan gah. Berapa ramai yang mendapat impak dan mesej dari karya tersebut. Berapa ramai yang terbuka matannya. Bukankah itu juga dakwah,, baik dan bagus. Pendapat yang gua dengar, kadangkala karyawan atau orang seni lebih hebat peranan dan jasanya dari Ulamak. Kerana karya mereka menyeluruh dan memberi impak kepada semua. Dakwah orang seni luas hingga ke tahap pelacur dan perogol juga sampai, mereka yang saban malam mabuk mabuk juga menerima. Wallahualam.

Anak seni itu dikutuk, dihina di Surau dan Masjid.
Balik rumah jap lagi bukak tivi tengok Cerekarama.

Apa yang gua tulis bukan untuk merendahkan rendahkan martabat para Ulamak, jauh sekali.. Bukan untuk menghina Guru Agama gua..Nauzubillah. Meraka tetap insan insan yang mulia dan sentiasa menegakkan agama. Syukur alhamdullilah masih ada golongan yang benar benar mahu membela nasib agama bangsanya. Ia Cuma sekadar bingkisan untuk membuka mata.

26 comments:

sharamli said...

selalunya kal0 kita teng0k pelak0n tu belak0n watak baik...tp kat luar perangai kurang baik..kita kutuk jgk kn..

aloy_paradoks said...

Sharamli:
Pelakon itu adalah contoh dan metafora yang gua gunakan... tapi figure sebenar yg gua maksudkan adalah karya dan seniman itu. Ada pelakon yang mabok, ada yang mencuri buku, bergaduh... begitu jugalah dengan guru agama.. adakah mereka syumul? luaran mungkin ye,, dalaman?

KertasKarbon said...

kadang2...manusia2 yg konon nyer lengkap ilmu agama yg memburukan seniman2 ini dengn mengatakn mrk x bemaruah...sedang kan ulamak dulu dizaman kegemilangan islam jg ada yg seniman...tp aku x nafikan ada sesetengah konon nyer seniman yg mengatkn mereka bkerja kerana Allah yg mmburkn seniman lain. so...org2 yg ada KONON NYER didepan pekerjaan diorg nie la kononnyer mengindahkn keseimbangan dunia.

wahyudi my said...
This comment has been removed by the author.
wahyudi my said...

Aku teringat pementasan kopitiam ghadir (faisal tehrani). Menggabungkan tema Islamik dari sirah Rasulullah, muzikal yg berunsurkan dakwah di mana lagu2 drpd kump Revolusi Pembudayaan Selawat (RpS) menjadi latar.

patungcendana said...

yang putih bukan semuanya suci...yang hitam bukan semuanya keji...

aku akan buat satu entry pasal dua warna ini...:-)

ps...memang kau orang masscom...hehehe

aloy_paradoks said...

KertasKarbon:
terima kasih wahai kertas karbon.... ada pro dan kontra bukan... kalau betul caranya.. insyaallah.

Wahyudi My:
gua terpaksa melepaskan kopitiam ghadir kerana kekangan kewangan semasa, terlalu byk pementasan dlm 2 minggu ni sebelum puasa menjelang..

Patungcendana:
yup...warna yg bagus.
orang masscom? bukan..

yg_indah said...

ada ustaz yg jahat,ada juga seniman yg baik.Semua berbalik pada diri.

Kuwe said...

haihh aku nk menyampuk tak reti.
takut salah cakap je.
dah la takde ilmu lebih kat dada ni.
pape pun.nice entry.aku tak pena pk pulak.

bias® said...

aaa...aper...anu...no komen.

kimisai said...

tak salah mahu membuka mata hati sekadar meluah pendapat dan metafora,
asal timbul fitnah barulah disangkal segala yang di katakan...


p/s : dimana pon blog lu, gua akan cuba menampung tongkat untuk menyokongi lu...

momo si monyet said...

impak...impak....impak maksima....

mamai said...

guru agama kau tu betul tapi yang tak betulnya bila ianya sudah menjadi satu industri tempat cari makan maka segalanya akan dihalalkan.

pendek cerita ulama dan pemikir agama sekarang nie pun cari makan juga. dan adakala mereka terpaksa menurut perintah...rasanya boleh faham tak ni

aloy_paradoks said...

Yang Indah:
Pokok pangkalnya hati.

Kuwe:
jelajah lagi kotak fikirmu.,, jangan berhenti.

Bias:
Gempak..

Kimisai:
betul... tepat sekali... terima kasih byk beb,

Momo the munkee:
maaf, blog ini bukan ruangan lawak bangang.

Mamai:
gua tak kata guru agama gua tak betul, die antara guru terbaik pernah gua miliki dan hubungan kami kekal hingga sekarang, cuma kata katanya membuatkan gua terfikir.. Gua faham apa lu cakap, terima kasih.. tapi rasanya maksud entry gua tu lu belum faham lagi kot.
Triple X malaya bagiatu Gua lu duduk Puncak Alam..

imHepPie said...

owhh seb bek bukan artis..hik3...

yg_indah said...

yes its back to our hati. Tapi bukan ikut hati semata-mata.Kena berpegang pada nas-nas agama juga.Matlamat tidak menghalalkan cara.Kalau niat betul,tapi caranya salah,tak terpakai.Telanjang untuk menghargai kecantikan badan?for sure not.just a humble opinion.

aloy_paradoks said...

imHEPPie:
hepi nye... tapi kenapa nasib baik bukan artis,, adakah jadi artis itu tidak baik?

Yang Indah:
Terima kasih sudi menjengah sekali lagi. Ye betul matlamat tidak menghalalkan cara.. tapi bab hati, ketahuilah hati bersih,, akan tetap mengikut nas agama tanpa perlu dipandu keterlaluan.

mamai said...

bukan tak paham cuma kita manusia yang bernafsu tu yang malas nak cerita banyak tu..

ya wa kat puncak alam...lu pun kat sana ker wahhh ada geng lepak nie

aloy_paradoks said...

mamai:
bukan, gua kat Shah Alam,,, triple X Malaya bagitau gua lu duduk sana.. die kata nak ajak lu lepak..

mamai said...

lepak kat mana kena time dan tempat okay ajer

@tune® said...

hukum hakam jgn dilawan..

kang die fire lu blk

aloy_paradoks said...

Mamai:
Insyaallah..

@tune:
siapa yg lawan hukum hakam?

Dark Ray™ said...

memang ramai manusia bodoh dalam dunia ni..
dalam kelas gua pun ada sesat seorang dua..
bodoh betullah!

Pegawai Khalwat said...

Apa yang aku terlepas?

wahyudi my said...
This comment has been removed by the author.
indahnyasisuria said...

hitam dan putih.. yg hitam x kn pernah menjadi putih.. dan yg salah x kn pernah menjadi benar.. tepuk dada tanya...