28.8.09

Seni Itu Tuhan (Part 1)

Berat? Bila dikata Tuhan pasti adanya kepercayaan dan pegangan serta anutan. Seni itu sendiri mementingkan pegangan dan kepercayaan yang menjadi perkara pokok dan asas kepada anutan pengamalnya. Betulkan ayat ni kalau gua salah.

Jika tuhan ianya disembah. Dipuja dan kita percaya kepada kuasanya. Itu Tuhan. Dan adakah keterlaluan jika gua katakan seni itu adalah Tuhan. Mungkin ya agak keterlaluan atau memang keterlaluan. Tapi jika dilihat pada perkembangan seni ia bukanlah sesuatu yang keterlaluan jika kene pada dalilnya dan haulnya.

Beribu ribu zaman dan berjuta tahun dahulu telah tercipta berhala seperti al-Uzza. Dan pendek kata masyarakat mengangap Berhala itu adalah Tuhan, maka ianya dipuja dan disembah. Walau apa pun bukankah al-Uzza adalah satu hasil seni. Kemudian hasil seni dipuja. Maka apa yang dipuja sebenarnya?

Dan begitu juga dalam masyarakat kita pada hari ini. Tokong Dikatakan pengantara antara penganutnya dengan Tuhan. Walaupun pengantara tapi apa die Tokong tu. Karya seni juga bukan?

Tak perlu gua huraikan dengan contoh contoh yang lain lebih berat lagi. Nanti pening pulak kepala. Cuma apa yang gua tekannya.. beribu malah berjuta tahun dahulu Masyarakat memuja Tuhan yang sebenarnya mereka tidak sedar itu adalah seni.

Dalam konteks kita orang Islam perlu percaya dan yakin Allah itu Maha besar dan tiada lain yang disembah melainkan-Nya.

14 comments:

bias® said...

pegi tido lah. makan karipap ker?

sharamli said...

pendidikan seni subjek paling b0san

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

yes!

yg_indah said...

aku tabik ko la.duit pun dah jadi tuhan skrg.

mamai said...

seni kejadian namanya tu...mereka cuba mengambarkan rupa tuhan

Dark Ray™ said...

tuhan maha satu

azzaliena suziantie said...

tuhan maha kaya x)

Pegawai Khalwat said...

Perghh... nanti lu pulak kena sebat bro. Ha ha ha...

Pandangan aku, nak membeza kan TUHAN yang disembah dengan perkataan tuhan adalah pada kapital letternya.

aloy_paradoks said...

Bias:
kalau lu rasa tak terbawak dek badan,, jangan bukak blog ni.

Sharamli:
Jika bosan pegi tengok tivi.

Akupentoi:
yes!

Yang indah:
erm kan? tapi kalau kita cakap orang tak caye.. Khurafat la ape la.

Mamai:
jadi apa yang disembah itu?

Dark Ray:
mana yang lu nak.

Azzaliena Suziantie:
Allah yg maha kaya.

Pegawai Khalwat:
Tiada sebab untuk sebat gua. Gua kata masyrakat dulu memuja seni.. karya seni itu diangap Tuhan.. Adakah salah?

wahyudi my said...

Kalau seni atheistik pulak?

patungcendana said...

tak salah ayat kau tu...

wahyudi my said...

"seni itu bersifat ketuhanan"

Bukankah ayat ini lebih sesuai? "Seni itu tuhan", adalah kata yang menyekutukan/membandingkan hal2 seni dengan tuhan. Sedangkan tuhan itu esa, dan tak ada satu pun yang sebanding denganNya. masyarakat Arab Badui membina hubal, manat, uzza, dan latta sebagai berhala. ianya bersifat metafor/simbolik. Berhala yg mereka cipta dari batu/kayu yg kemudiannya dianggap seni itu adalah simbolik kepada tuhan mereka yg x dpt dilihat (yg sebenarnya cuma orang2 saleh yg hidup zaman nabi ibrahim). Bukan berhala itu tuhan mereka. Juga bukan seni itu tuhan mereka. Dan ini semua sebelum kedatangan Islam.

Cuma seni memang terlibat dalam hal2 ketuhanan, dari dulu hingga hari ini. Ukiran dan binaan masjid misalnya. Aku tidaklah sereligious yg mak bapak aku harapkan, tapi seni yg atheistik bukanlah seni yg terbaik untuk diagungkan. Seni Islam saja punya banyak tarikan, masjid biru turki misalnya. Atau setidaknya biarlah seni itu tidak diletakkan setaraf dengan tuhan. Tuhan satu pun aku selalu lalai, ini kan pula ada dua..haih. Sekadar berkongsi rasa, bro.

aloy_paradoks said...

patungcendana:
terima kasih wahai Patung kerana faham... hehehhehe

Wahyudi My:
"Seni Itu Bersifat Ketuhanan"..
tepat sekali ayat tu.. tak salah.
Sekurangnya dalam hal ni, lu bercakap atas fakta dan bukan semberono.. dan fakta lu itu gua akui benar, pendapat lu juga benar.
Cuma gua tak nampak pertentangan antara isi gua dan lu.

benda yang sama, cuma cara penyampaian berbeza.

Gua gunakan perkataan yg sgt mudah..
mereka menyembah berhala.. tak kira samada ia perantaraan atau apa.. gua percaya apa yg disembah itu adalah tuhan.. sama macam kitaorang Islam.. jadi apa yang mereka sembah itu adalah seni pada gua. Kita belum berbicara soal lagu, seni tampak dll.. malas nak serabut..

lagi satu,, unsur percaya kpd tuhan juga percaya kita perlu melalui seni..

Maksudnya kita perlu yakin.. dan rasa yakin tak akan jadi jika gunakan otak lojik untuk menilai..

bukan menyekutukan bro.. gua gunakan ayat tu kerana gua rasa dalam unsur ketuhanan ia perlu bersatu dengan seni. Menjadi satu dan membentuk rasa.
apapun gua suka Komen lu dan ini komen terbaik pernah gua terima di Puing Puing. nampak lu berfikir... terima kasih bro..

en.Adam said...

buat masa ni otak gua tak berfungsi sepenuh nya
bila otak dah segar nanti gua bagi komen yang berotak ye??