28.7.09

Semakin Malas Berimaginasi

Biar seorang, tapi hati tak pernah rasa sunyi. Masa kanak kanak biar apa kita lakukan, biar dimana kita melakukan kita akan terus berimaginasi, berimaginasi tanpa henti. Itu yang gua belajar dari seorang kawan. Tak perlu teman bicara, tapi bibir kita akan berdialog, tak perlu teman sepermainan, tapi suasana penuh dengan dialog dialog. Kita akan mencipta watak watak yang menjadi teman bualan.

Main sorong sorang kereta, layan,,, ada bunyi deru enjin.. Ada bunyi break.
Main perang perang askar kecil,, kita penuhkan dengan dialog dialog kapten dan para bala tentera untuk menghidupkan perang itu.. Asyik dan khusyuk bukan.

Ketika kanak kanak, kita berfikir apa yang berada disebalik dinding itu, bagaimana itu berlaku, kenapa itu berlaku.. Bagaimana kalau itu begitu, bagaimana kalau ini begini.
Fikirkan tentang gergasi. Fikirkan hujan itu adalah airmata gergasi, fikirkan gunung itu adalah gergasi yang tidur.

Main perang perang dihalaman rumah, kita berimaginasi kita adalah askar, penuh gagah dan kuat, berani dan terlalu berani. Main pondok pondok, berimaginasi kita adalah ibu, kita adalah ayah, kita adalah bayi yang baru lahir... semua berkarekter, menghayati serta menjiwai watak yang sepatutnya.

Tapi bila dewasa, kita semakin malas berimaginasi dan tak perlu berimaginasi. Otak akan dipenatkan dengan pelbagai lakonan kehidupan. Hal itu, hal ini, masalah itu dan ini serta pelbagai perkara yang menyakitkan otak lagi. Maka ruang dan peluang untuk berimaginasi itu tidak lagi hadir dan kene pada waktunya.

Berimaginasi akan menjadi semakin karut dan kita perlu penuhkan otak dengan cara itu dan ini untuk terus hidup sebagai itu atau ini. Imaginasi? arhhhh..buang masa!

Namun manusia yang memilih pentas sebagai jalan hidupnya perlu terus berimaginasi. Perlu terus berfikir dan berputar bukan sahaja dari 8.30 pagi hingga 5 petang waktu pejabat.. Tapi terus berimaginasi hingga tidur itu belum sampai ke tidur yang abadi.

17 comments:

bias® said...

kenapa aku masih penuh dengan imaginasi?

aloy_paradoks said...

kerana kau adakah adakah yeay!

el-jober said...

otak aku terasa tumpul...kene kuman bulan

patungcendana said...

imiganasi penting untuk aku terus hidup...:-)

nuyuljana said...

imaginasi lebih indah dari realiti.

aloy_paradoks said...

el jober:
asah balik.

patungcendana:
imaginasi itu pelengkap utk sempurna.

nuyuljana:
lakukankanlah sebaliknya.

mamai said...

bro sudah pindah rumah ka tak announce pun...

aku suka main perang2 tu sebab aku selalu suka tengok citer combat

aloy_paradoks said...

mamai:
tak pindah,,,tapi ini rumah kedua gua..

momo the munkee said...

mungkin otak semakin bebal utk mencipta imaginasi ataupun khayalan yg sebenarnya mampu utk menaiktarafkan kapasiti daya pemikiran supaya menjadi lebih radikal dari biasa...

patungcendana said...

momo punya komen aku kena baca 3 kali baru faham...huhuhu

aloy_paradoks said...

Patungcendana:
die tu mmg mcm tu,,, kalau cakap lebih nanti gua delate ha... hahahhaha.

@tune® said...

erk..
imaginasi??

sesuatu!!

patungcendana said...

hehehe :-)

en.Adam said...

ladang imaginasi aku sekarang
tak berbuah...

KertasKarbon said...

imaginasi penting tapi klau imaginasi itu hny disimpan dalam kepala otak xguna gak...jika imaginasi tkt dikelrkan sbb tkt dgn pandgan otak peti ais tingkat atas aper guna.

aloy_paradoks said...

@tune:
harap lu faham.

Patungcendana:
dan lu juga faham harapnya.

En Adam:
itu tandanya malas!

Kertas karbon:
sbb tu gua lebih suka bekerja sendiri.

~~~ kay ~~~ said...

jgn malas2...
(^_^)