7.8.09

"Perbendaharaan Hidup"

Dulu gua pernah menulis entri bahawa manusia ini tidak pernah cukup matang dalam entri bertajuk Dari Kepala Hotak Berjambul. Dan gua juga pernah menulis entri berkisar pandangan gua tentang keberjayaan dalam minda gua di entri Penternak Ayam.

Atas apa yang pernah gua tulis dulu, tiada istilah yang tepat gua gunakan selain pengalaman hidup. Tapi kini gua belajar, bahawa itu semua adalah "Perbendaharaan Hidup". Konsepnya mudah saja, untuk menjadi seorang penulis yang baik. Lu perlu menguasai perbendaharaan kata terlebih dahulu, agar hasil tulisan lu lebih baik dengan penggunaan bahasa yang menarik dan cantik. Semakin banyak lu menguasai perbendaharaan kata, semakin baik hasil dan karya tulisan lu.

Dan konsep ini juga sama dalam kehidupan. "Perbendaharaan Hidup", apa yang lu lalui sepanjang hidup ini, apa sakit dan derita yang lu rasa. Apa payah dan suka yang pernah singgah dan segala macam apa apa. Gua tak perlu ulas panjang yang ini sebab gua dah ulas dalam entri yang lalu.

Cuma apa yang pasti dalam konsep ini, semakin banyak "Perbendaharaan Hidup" kita, semakin kental kehidupan dan kuat jati diri kita.

15 comments:

sharamli said...

utk mencapai tahap 'perbendaharaan hidup' yg baik xmudah kn?

bias® said...

oh...ini blog berat lah kan?

Aloy Paradoks said...

SharamLi:
betul... tak mudah,,, kene sakit dulu.

Bias:
Ye,,, berat.... ini memang blog berat...

mamai said...

perbendaharaan pada aku bererti duit..

yg_indah said...

betul..kalau dikisahkan tentang petani maka perbendaharaan yang paling sesuai ialah perbendaharaan kata si petani lah ya.

Pegawai Khalwat said...

Perbendaharaan selalu dikaitkan dengan kekayaan dan juga pentadbiran.

Betoi ka?

Kay said...

ehmmmmm....
(^_^)

patungcendana said...

ok... :-)

Fasyali Fadzly said...

ini yang aku malas ni klu ko dah stat belaja balik. baru berapa minggu ko dah jadi macam profesor. ini kalau tiga tahun belajar aku tak tau la jadi apa. baru dua minggu je ko dah jadi manusia kan. suka aku ko dah berubah jadi manusia.

Aloy Paradoks said...

mamai:
yup.... terpulang bagaimana dan apa yang kita mahu..

Yang Indah:
ye la kot gamaknya...

Pegawai Khalwat:
memang begitulah lazimnya.... dari dulu hingga kini...

kay:
hai.

Patungcendana:
ok...

Vitamin:
tapi tu la,, gua takde cita cita nak jadi profesor... gua nak jadi Rahim Razali je..

Fasyali Fadzly said...

hah? rahim razali? lu ni dah bnyk sgt tgk TV. tu yang nak jadi yang bukan2 tu. kalau kau nak tau, dia tu sebuah robot cyborg kau tau tak. wakakaka

triple x malaya said...

blog orang seni ni...serabut kepale aku nak faham..

abrodam said...

gua rindu sama lu

stailo tak gua bagi komen yang sama??

Aloy Paradoks said...

Vitamin:
Ar Tompel la awak ni..

Triple X Malaya:
benda senang je.. tak serabut mana.

En Adam:
biase la,,, melayu..

@tune® said...

perbendaharaan hidup..slalu perbendaharaan kate saje...

perbendahraan
perbandaran...

ye..majlis perbandaran juga perlu perbendaharaan supaya lebih efisien!!!