3.9.09

Ramai Orang Tak Puas Hati Dengan Dunia

Bersungut! sana sini dengar orang bersungut hal itu hal ini. Semua rasa dia terseksa, dia benasib malang dan kenapa perkara ini terjadi pada dia. Dunia ini memang kejam, dunia tak pernah adil dan gelora atau gelombang hidup ini terlalu ganas. Kan?

Berapa ramai antara kita percaya dunia ini memang tak adil? Mengaku je la. Siapa rasa dunia bukan tempat yang bagus untuk dia. Kita kata dunia ini tak adil? maksudnya siapa yang kita tuduh sebagai tak adil tu. Siapa pemiliknya? siapa mengaturkannya? Kan Allah? jadi kamu menuduh Allah itu tidak adil. Benarkan begitu?

"Oh saya punyai sebuah keluarga yang sangat teruk, saya miliki kawan kawan yang sangat celake.. Kenapa saya harus melalui hidup yang sial ini."

Siapa yang beri kamu hidup ini. Jadi siapa yang kamu tuduh memberi kesialan ini?

Jangan salahkan Alam atas semua yang berlaku dalam hidup kamu. Tuhan itu bukan kejam untuk melakukan begitu.

Kita sering membesarkan perkara yang sebenarnya sangat kecil. Untuk berkarya dalam seni itu bagus. Membesarkan perkara yang kecil. Tapi dalam hidup, kamu memberatkan lagi perkara yang sepatutnya bukan satu wabak pun. Kita yang sering angap kita ini celake. Kita angap hidup ini sial.

Maka SIAL lah jadinya.

11 comments:

mamai said...

bukan dunia yang tak adil pada kita tapi sebaliknya...kita yang tak pernah berlaku adil

bias® said...

*angguk-angguk*

sharamli said...

kal0 anggap TAK SIAL..

jadik sial x?

Rayza MukMin™ said...

*guling-guling*

patungcendana said...

don't be nice...because the world is not a nice place....adil tak statement aku tu?

kadang2 perkara kecil boleh menjadi besar kalau dibiarkan...:-)

w said...
This comment has been removed by the author.
w said...

Yes mdm. the world is not a nice place, anymore.

Aloy Paradoks said...

Mamai:
terima kasih..

Bias:
Terima kasih..

Sharamli:
Terima kasih..

dark ray:
Terima kasih..

Patung cendana:
nampaknya anda tidak mengerti subteks saya..... bukan bicara world atau dunia yang menjadi pokok.. itu cume medium.. maka statement itu tak sesuai utk entry ini.. perkara pokok ada belenggu dalam diri.

wahyudimy:
sama juga dengan balasan utk patungcendana. Terima kasih..

patungcendana said...

aku faham...kita terbelenggu oleh pemikiran kita yang suka menyalahkan orang lain...statement aku tu cuma provokasi sahaja...hehehe...kita patut tinggalkan pandangan katak dibawah tempurung dan cuba melihat melaui pandangan helang di angkasa...:-)

anakproletar said...

Tuhan aku x cipta hidup aku sial. orang lain yg buat hidup aku sial. Ya, aku salahkan orang lain. Satu sebab paling kecil, bapak aku dah kencangkan tali pinggang, banting tulang lebih lama dari umur aku sendiri. Sehingga hari ini. Jadi itu pasal kadang2 aku merungut pasal hidup.

Aloy Paradoks said...

Patungcendana
dan
anakproletar:
terima kasih banyak atas komen lu orang..