
Voice Over antara perkara yang gua suka dan sangat sesuainya ia digunakan untuk sebuah karya biografi seperti ini. Alasannya mudah kerana ia seperti cerita dari seorang pencerita untuk pendengarnya. Voice Over atau suara latar juga membantu memudahkan penonton memahami situasi dan mencantikkan penceritaan dengan meringkaskannya. Kadangkala suara yang menjadi suara latar itu mampu meruntun emosi ataupun mencuit hati jika perkara yang disebut itu kelakar.

Memandang dari sudut sinematografi, Gua tertarik dengan teknik pelbagai yang digunakan, dari one single camera ataupun lebih tepatnya one shot hingga ke panning iaitu kamera yang bergerak gerak . Ia menambahkan variasi dan warnanya maka tidak ada sebab untuk bosan disitu jika anda menilai hasil kerja kreatif mereka ini.
Pendapat gua tidak mengatakan bahawa ini bukan sebuah filem flashback atupun imbas masa silam. Tapi saya lebih berat melihat ia sebagai imbas muka. Maksudnya cerita ini bercerita tentang apa yang akan berlaku di masa tuanya. Bukan apa yang berlaku di masa mudanya. Mungkin agak ganjil pendapat ini apatah lagi semua mengetahui bahawa Edith Piat itu memang wujud maka adalah logik jika filem ini bercerita kisah lalunya. Tapi gua lebih suka melihat ia sebagai cerita yang menceritakan apa akan berlaku padanya bila tua nanti. Untuk memudahkan persoalan ini, meletakkan kononnya bahawa semasa cerita ini dibuat Edith Piat masih muda remaja dan dipuncak kerjaya.

Perkara paling menakjubkan yang terdapat dalam La Vie En Rose adalah Marion Cotillard itu sendiri. Lakonannya yang bagus dan sangat realisme meletakkan ini antara filem autobiografi yang bagus dan benar benar membawa penonton menyelami kehidupan Edith Piat. Edith Piat ditangan Marion Cotillard benar benar dungu. Itu pada mulanya, semakin menyelusuri semakin terserlah kemegahan dan kegagahan Edith Piat serta diakhir saya begitu tersentuh dengan apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Ada getar terlihat disitu. Penghayatan dan konsentrasi terhadap watak adalah kerja yang Berjaya ditanganinya dengan cemerlang.
Ketegasan jelas, bukan sahaja melalui suara, tapi bahasa badan yang wajahnya, namun kadangkala kelucuan juga timbul menjadikannya satu watak yang benar benar hidup. Pengalaman menonton filem atau drama sebelum ini gua sering tertanya tanya. Kenapa pengarah menjadikan wataknya begitu? Kenapa begini. Kerap gua melihat watak yang garang akan garang hingga ke akhir cerita. Watak yang sedih akan menangis selama dua jam cerita. Tidak adakah kecerian dalam hidupnya, oh malangnya hidup kamu. Adakah manusia yang sentiasa marah marah sepanjang hari dalam hidupnya tanpa ketawa dan tersenyum?
Jadi atas perkara itu gua melihat Marion menjadikan watak ini cantik dan cerdik, sempurna sebagai seorang manusia yang kita mampu yakini itu adalah manusia. Alasan gua mudah, jika kita garang tadi tak semestinya kita garang untuk esoknya juga. Watak Edith masa kecil pula amat menyentuh hati. Diamnya itu menggigit gigit perasaan, wajahnya menimbulkan kasihan.
