Perkembangan seni sekitar Kuala Lumpur/Lembah Kelang sekarang ini boleh aku kategorikan meriah. Meriah dengan majlis majlis yang tak henti henti diadakan, meriah dengan aktivis aktivis baru yang muncul. Ada kumpulan kumpulan seni yang menganjurkan majlis mendapat penajaan dan ada yang tidak ditaja. Jika tidak ditaja sumber kewangan untuk mengadakan majlis sudah tentu dikeluarkan sendiri oleh ahli ahlinya dan jika ada tabung kutipan dari pengunjung. Tetapi dilihat pada situasi itu adalah amat malang apabila yang mendapat tajaan itu tidak bertahan lama dalam penganjuran mereka.
Trend dilihat juga semakin ramai penggiat yang lantang bersuara dan menyuarakan pendapat mereka. Jika disebut lantang bersuara itu sudah pastilah mengkritik dan tidak bersetuju dengan sesuatu hal. Namun secara jujurnya juga aku tidak selesa dengan kelantangan yang pada aku tidak berasas itu. Memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti hala tuju dan entah kemana.
Adakah dilihat rebel itu sebagai satu trend untuk melonjak naik dan meraih populariti. Di beberapa negara, aktivis dan masyarakat bersuara keras menolak sistem kerana penindasan yang dialami dan dirasai oleh mereka. Disini aku cuba melihat bagaimana mereka merasai kezaliman sistem itu. Menurut pendapat seorang teman, bagaimana mereka boleh mengamuk apabila harga minyak dinaikkan 0.05 sen sedangkan mereka mampu membeli I-Phone yang beribu itu dan meng-update status di Facebook tentang kenaikkan harga itu.
Bagaimana pelajar insititusi pengajian tinggi awam yang kos pembelajarannya sangat rendah/ditaja/atau mendapat pinjaman boleh mengatakan kita perlu merubah sistem yang semakin menekan. Dimanakah mereka sebenarnya merasai kesusahan itu. Ya, mungkin itu terlalu mudah dan bukan cara yang betul untuk menilai, mungkin ada pengamatan mereka yang lebih jelas dan tepat tentang kepincangan yang ada. Tapi sebenarnya adalah mustahil untuk kita berkata tentang perjuangan jika kita merasai kejamnya dunia.
Dan adakah boleh dikatakan bahawa trend anak muda memberontak ini adalah kerana ikut ikutan?
Gunung Kinabalu - Perjalanan Ke Puncak.
7 years ago